Tuesday, February 14, 2017

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah?
Yea, soalan ini memang selalu saya kena tanya, kenapa kena bayar bila nak daftar jadi ahli jobdirumah?
Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah, Jobdirumah,
Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah
Bukan tak pernah jawap. Dah pernah jawap. Tapi saya jawap bila di PM aje. Jadi nak mudah, kali ni saya buat satu entri.

Bila datang soalan kenapa nak kena bayar untuk menyertai jobdirumah ini. Saya boleh aje minta adik manis tersebut baca entri ini.

Saya tak perlu taip banyak kali dan yang bertanya pun boleh baca dengan senang hati di sini.

Mohon Kerja Biasa Pun Kena Bayar
Mudah cerita macam ini. Jika anda nak pergi minta kerja atau nak mohon kerja apa-apalah. Sama ada kerja kerajaan atau swasta. Prosedur dia macam mana?

Anda yang kena isi borang secara online ataupun hantar resume, borang permohonan juga ke alamat yang diberikan? Tak gitu, kena keluar kos kan?

Bila hantar-hantar tu mesti kena fotostat sijil, IC, kena sediakan gambar pasport dan macam-macam lagi. Bila dah dapat panggilan temuduga, kena sediakan lagi sekali. Ada yang kena buat pengesahan penghulu dan macam-macam lagi. Kena keluar kos kan?

Tak kurang juga ada yang kena buat pemeriksaan kesihatan, periksa darah, air kencing dan macam-macam lagi. Itu prosedur biasa bila nak mohon kerja yang biasa dibuat oleh kebanyakan kita bila nak mohon atau bila nak dapatkan kerja.

Bagi semua langkah dan keperluan di atas. Anda kena keluarkan modal dan duit sendiri. Majikan yang kita minta kerja tu belum tentu lagi bagi kerja atau tak kepada kita. Betul tak?

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah?
Bila anda nak sertai dan menjadi ahli jobdirumah ini. Langkah pertama nak sertai jobdirumah memang kena bayar dulu.

Ini kerana, bila anda bayar. Nampak disitu akan kesungguhan anda nak buat kerja dalam Portal Jobdirumah.

Saya pernah sembang dengan orang penting jobdirumah ini. Kenapa jobdirumah ini dikenakan bayaran. Antara sebabnya adalah:-

1. Bila bayar tanda orang tu serius nak buat kerja.-Pernah mereka bagi percuma atau bagi kupon yang banyak potonganya. Memang ramai yang join masa tu, tapi dari segi mereka yang betul-betul nak buat  kerja boleh kira dengan jari.

Ada yang buat sekejap. Lepas tu tak buat. Ada yang majikan dah bagi tugasan, lari tak siapkan kerja. Semuanya kerana tak serius. Benda dapat PERCUMA. Nak tak nak aje buat kerja.

2. Pihak jobdirumah juga kena bayar kos.-Yea jika anda tengok. Kenapa jobdirumah boleh bertahan. Kerana adanya bayaran daripada pihak ahli. Bayar sekali seumur hidup aje. Nak bayar untuk sewa hosting, sewa server, bayar upah pekerja mereka, bayar kos nak buat sistem jobdirumah sebaik sekarang dan macam-macam kos lagi. Jika anda orang bisnes mesti anda boleh senaraikan banyak lagi sebabnya.

3. Bayaran untuk buat eKursus.-Bila anda join dan bayar semasa pandaftaran tersebut. Anda akan diberikan panduan bertulis dan video tutorial langkah demi langkah nak buat kerja dan nak terima bayaran dalam ni. Semuanya diterangkan di dalam panduan tersebut. Banyak juga kos yang diperlukan untuk perkara ini.

Rasanya cukup tiga sebab ini sahaja. Jika anda berminat, nak dapat duit secara online dan manjadikan jobdirumah ini sebagai salah satu peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan anda. Saya syorkan anda sertai dan dapatkan panduan yang disediakan oleh pihak jobdirumah.

Bila dah dapat panduan tersebut. Ikut langkah-langkah yang diberikan dan buat kerja dengan sebaiknya. Tak mustahil, selepas dapat bayaran  1 atau 2 kerja dalam jobdirumah ini. Modal pendaftaran tadi tu dah boleh dapat pulangnya.

Bayaran yang anda dapat dari kerja-kerja yang dibuat dari portal jobdirumah ini. Pihak jobdirumah TAK berkongsi pun dengan anda. Wang tersebut 100% milik anda.

Jika anda berminat nak tambah pendapatan. Boleh rujuk Panduan Jobdirumah 2017 (klik sini). Dalam panduan tersebut ada diberikan satu persatu cara anda nak jana pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja.

Boleh rujuk Panduan Jobdirumah di sini.

Jom buat duit online dari rumah!

Thursday, February 9, 2017

Dah Malas Nak Buat Jobdirumah

Dah Malas Nak Buat Jobdirumah.
Yea! Benda ini bukan saya tak pernah alaminya.
Selalu bukan tak selalu perasaan ini datang. Dah malas rasa nak buat kerja dalam jobdirumah.

Dah Malas Nak Buat Jobdirumah, Jobdirumah,
Dah Malas Nak Buat Jobdirumah
Tapi kadang hasrat tu jadi sebaliknya. Dari malas nak buat kerja jadi rasa nak buat. Bila buat jadi ketagih pula nak buat kerja lain dalam portal ini.

Kadang masa nak buat dapatlah dua ketiga kerja yang dapat disiapkan. Dapat dua ketiga kerja dalam masa satu dua hari memang berbaloi.

Kadang rasa macam sibuk sangat dengan kerja-kerja lain.
Kerja pertama dan kerja kedua mahupun kerja ketiga.
Kadang ada juga kerja keempat dan kelima yang nak kena tengok.

Akhirnya kerja dalam jobdirumah jadi kerja yang ketujuh dan kadang jadi kerja kelapan. Sebab tu kadang, saya buat dan tak buat aje kerja dalam jobdirumah.

Ada masa free lepas layan itu dan ini.
Lepas pergi bercuti sana sini.
Lepas mengantuk tak menguasi dari.
Lepas perasaan MALAS dah jadi nipis balik.

Baru sempat tinjau dan dapatkan satu dua kerja dalam Portal Jobdirumah ini. Macam tu juga kitaran yang jadi. Bila buat satu akan jadi buat dua dan tiga kerja dalam portal ini.

Biasalah, dapat hasil dan keuntungan siapa tak nak kan?
Bila dapat siap satu kerja, akan rasa semangat nak buat kerja yang kedua dan kadang-kandang sampai yang ketiga mahupun yang keempat.

Ikut mood dan masa yang ada juga.

Kepada yang nak buat duit sampingan dari portal jobdirumah ini, saya galakkan anda buat kerja di dalam ni.

Buat kerja dalam portal jobdirumah ini tak susah.
Baca baik-baik dan ikut panduan yang pihak jobdirumah bagi.
Insyallah anda tak akan sesat jalan.

Memang mula-mula rasa susah.
Rasa macam jobdirumah penipu aje.
Rasa macam kena tipu aje dengan portal jobdirumah ini.
Yea ker orang lain dapat duit, tapi saya buat tak dapat duit pun.

Itulah antara perasaan pertama yang muncul bila tak dapat hasil dari jobdirumah ini.
Sebenarnya jika anda BERHENTI macam tu sahaja, memang tak akan dapat hasil.
Sampai bila-bila anda tak akan rasa hasil yang pertama dari jobdirumah jika anda berhenti macam tu aje.

Cubalah baca balik panduan dan lihat balik video panduan yang pihak jobdirumah bagi.
Insyallah anda akan beroleh hasil yang lumayan jika rajin buat kerja.
Majikan ramai yang nak bagi kerja, cuma kadang mereka nak lihat dulu kesungguhan yang anda tunjukkan.

Bila dah tahu cara nak 'ambil hati' mereka.
Senang-senang aje nak dapat kerja yang lain.
Apa yang penting!!

Jangan mudah putus asa untuk mencuba.
Tak jadi sekali, cuba lagi yang kedua.
Tak jadi dua kali, cuba lagi yang ketiga
Lama-lama jika anda teruskan usaha mencuba, tanpa rasa putus asa.
Pasti akan terhasil buah-buah KEJAYAAN.

Oklah,
Bagi yang nak buat duit dengan jobdirumah.
Boleh dapatkan Panduan Jobdirumah (klik sini)

Selamat berusaha. Jom buat kerja!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...