Wednesday, March 30, 2016

4 Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Cepat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
4 Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Cepat. Alhamdulillah hutang belajar PTPTN dapat juga saya bayar setiap bulan. Rasanya jika rajin bayar macam ni. Tak sampai 5 tahun boleh habis insyallah. Lepas ni kena buat macam ni juga untuk bayar hutang kereta dan lain-lain lagi. Kena fikir untuk bayar kat orang paling baik dalam hidup saya juga.

4 Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Cepat, PTPTN,
4 Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Cepat
Baiklah tak nak cerita panjang, nak kongsi 4 cara bayar hutang PTPTN dengan cepat dengan anda semua yang masih terfikir-fikir atau tengah cari cara mudah nak bayar hutang PTPTN setiap bulan tanpa terlepas.

Hutang PTPTN ni memang kena bayar cepat. Kalau tak, asyik tengok bunga dia aje yang naik setiap bulan.

Cara yang saya nak kongsi ni mudah aje, buat insyallah cepat habislah hutang PTPTN kita. Caranya macam ni :-

1) Target Berapa Nak Bayar Sebulan?
Yea anda kena target nak bayar berapa sebulan. Lepas tolak duit belanja, duit nak bagi kat mak ayah di kampung dan lain-lain lagi. Katalah awal ni nak bayar RM50 dulu sebulan. Dah kerja lama-lama gaji naik sikit, boleh tambah sikit demi sedikit. Katalah tahun pertama RM50 lepas tu boleh naik jadi RM80, RM100, RM200 dan seterusnya sampai berapa banyak yang anda mampu.

2) Target Berapa Lama Nak Bayar?
Yang ni pun penting juga. Jika anda ada terget nak habiskan bayar hutang PTPTN ni dalam masa 5 tahun. Usaha nak ke arah tu kena ada. Kena selalu bayar bulanan dia, jika tak bayar bunga PTPTN ni boleh aje naik setiap bulan sama balik macam anda baru habis belajar ari tu. Jadi nak kena setkan target nak bayar dalam masa berapa lama. 3 tahun, 5 tahun, 8 tahun atau ikut suka anda. Janji kena set masa dia. Lagi lama, lagi banyak bunga yang anda kena bayar.

3) Hidup Biasa Sahaja
Hidup biasa. Bukan nak suruh tingalkan semua benda yang anda ada. Cuma dalam agama pun dinasihatkan kita hidup sederhana. Jika nak pergi kerja ada motor pun dah cukup. Moto biasa EX5, Wave atau skuter comel tu.

Jika perlu guna kereta, beli aje kereta yang biasa. Kereta Perodua, Proton pun dah ok. Tak perlu nak bergaya nak ada kereta BMW, Polo atau Honda. Cukup sekadar kereta tu boleh tahan kita dari panas dan hujan itu susah memadai.

Baju tak perlu nak bergaya sangat, rasa selesa dengan baju biasa-biasa pun ok. Janji boleh tutup aurat kita dengan sempurna. Nak raya nanti baru beli baju cantik sikit di kedai pilihan anda.

4) Rajin Buat Kerja Dari Rumah
Rajin buat kerja ni yang susah nak di kata. Sebaiknya nak cepat bayar hutang PTPN ni anda kena rajin. Akal kena ligat sikit. Ramai kawan-kawan saya yang berjaya bayar hutang PTPTN dengan cepat sebab mereka rajin. Saya pun jadi macam mereka. Rajin buat kerja dari rumah. Ada aje kawan-kawan yang buat kerja part time lepas habis kerja di kedai 7E, KFC, Pizza dan stesen minyak.

Tapi saya tak ikut sama. Saya buat kerja dalam Portal Jobdirumah. Semuanya secara online. Join jobdirumah, baca dan lihat panduan jobdirumah yang mereka bagi dan saya buat kerja. Bayarannya agak menarik juga. Biasanya dibayar dalam USD. Pernah saya buat logo mudah. Mereka bayar saya USD50 lebih. Tukar ke duit RM kita dapat RM200 lebih. Ada juga yang minta buat review produk, yang ni bayar dekat USD120. Tukar ke duit RM kita banyak kan?

Dari hasil jobdirumah ni saya banyak guna untuk bayar PTPTN ni. Dapat lebih saya boleh bayar lebih. Pernah saya bayar RM700-RM900 semata-mata nak bagi baki saya berkurang. Jika dapat bayar macam ni selalu. Rasanya dalam masa 3-4 tahun boleh habis insyallah.

Nak dapat perkara ni mudah aje. Kena fokus dan rajin. Ada rajin semua perkara boleh jadi.

Jika anda nak buat kerja dalam Portal Jobdirumah juga. Boleh daftar dan dapatkan panduanya.

Berminat? Boleh dapatkan Panduan Jobdirumah 2016 di sini.

Selamat berusaha!

12 comments:

  1. Nak tak nak ada hutang kena bayar.
    Kena cari jalan. Tapi anak kakak belajar selagi boleh kakak tak buat pinjaman. Tengok macam membebankan pulak.

    Sebab itu penting jadi mak-ayah lahir aje anak buat tabungan. Bila nak belajar kelak taklah jadi masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Hutang ada kena bayar dan jelaskan. Ibu bapa yang ada duit lebih boleh 'sara' anak-anak belajar. Ibu bapa dulu-dulu nak sara anak-anak aje mampu. tak sempat menyimpan dan nak kena guna.

      Delete
  2. untung saya takde hutang ptptn ini, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada hutang PTPTN boleh buat untuk bayar hutang lain pula.

      Delete
  3. kalau la boleh langsaikan dengan KWSP kan bagus, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. KWSP dah banyak, ada peluang nak jelaskan hutang PTPTN pun ok. Harap ada nanti. Boleh bayar cepat sebelum bunganya beranak pinak dalam akaun kita.

      Delete
  4. Tips yg terakhir tu paling winlah PM hihi...Apa pun moga berjaya menghabiskan hutang PTPTN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akhir tu bagi yang rajin nak buat kerja dari rumah nak jelaskan hutang PTPTN mereka. Saya guna cara ni nak bayar hutang PTPTN akak. Boleh cuba juga.

      Delete
  5. hutang tetap kena bayar, sikit2 lama2 habislah bayar. elakkan denda dan interest tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Kena bayar hutang PTPTN ni. Untuk kegunaan generasi akan datang pula.

      Delete
  6. Mmm... Nasib baik teman tak ambik PTPTN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak abil PTPTN baguslah. Jika tak jenuh juga nak bayar bunga dia. Boleh guna cara ni juga untuk hutang-hutang lain. Insyallah dapat habis cepat jika ada usaha macam ni.

      Delete

Komen Dengan Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...