Thursday, May 12, 2016

Komisen Jobdirumah Mei 2016

Komisen Jobdirumah Mei 2016. Alhamdulillah syukur, ada hasil lagi dengan jobdirumah. Setakat ni masih ada setiap bulan hasil yang saya terima dengan buat kerja jobdirumah ni.

Nak kata banyak tu tak adalah. Dapat sikit-sikit boleh lepas buat makan nasi ayam penyet tu jadilah. Kalau ada rezeki lebih buat makan nasi beryani satu keluarga pun dah ok.

Komisen Jobdirumah Mei 2016, Jobdirumah
Komisen Jobdirumah Mei 2016
Apa pun, rezeki yang kita dapat. Sebaiknya tanda kita bersyukur dengan rezeki tu gunakan ia ditempat yang sebaiknya. Bagi makan kat ahli keluarga dan buat sedekah sikit jadilah. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita akan dapat. Sedekah tak akan mengurangkan harta.

Percaya tak? Semua ni ada dalam agama kita. Bagi 1 Allah bagi balik 10. Bagi 2 Allah bagi balik 20. Kadang Allah tak bagi nampak. DIA tak bagi dalam bentuk wang dan duit tapi Allah bagi dengan benda-benda lain pula. Semua ni ada cerita dalam info Rahsia Sedekah (klik sini) 

Banyak cara nak murah rezeki, rajin solat, rajin baca Quran, rajin berzikir dan beristighfar Allah akan bagi rezeki kepada kita dari sumber yang tak di sangka-sangka.

Banyak kali dah kita dengar perkara ni. Cuma nak YAKIN dan NAK AMALKAN benda tu jadi BERAT. Rasa harta kita, kita yang punya. Walhal Allah bagi amanah untuk kita jaga aje. Siapa yang rajin boleh selongkar Panduan Rezeki (klik sini) jika nak baca. Boleh jadi jalan dan panduan untuk kita belajar semua tu.

Bagi kawan-kawan yang ada keinginan nak tambahkan pendapatan dari rumah. Buat kerja dari rumah sambil-sambil isi masa lapang boleh belajar dan ikut panduan jobdirumah. Tak rugi buat kerja dalam ni, insyallah boleh tambah pendapatan.

Perkara yang penting untuk buat kerja dalam ni cuma perlukan kerajinan dan usaha aje. Jika anda rajin asah skill dan bakat yang terpendam tu. Insyallah tak mustahil nak berjaya dengan kerja online macam ni. Bila buat kerja tu, usaha untuk buat bersungguh-sungguh. Bila kerja bagus, tak mustahil akan datang majikan akan cari kita lagi untuk kerja yang seterusnya.

Nak belajar cara buat kerja MUDAH dan dapat hasil. Dapatkan Panduan Jobdirumah (klik sini). Selamat berusaha.

Ayam Penyet Sedap, Ayam Penyet,
Ayam Penyet Sedap
Jom pekena ayam penyet!

2 comments:

  1. tahniah..dapat makan ayam penyet pun sedap tue..fevret ayam penyet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CT. Dapat sikit-sikit aje. Boleh pekena ayam penyet dengan jobdirumah ni jadilah.

      Delete

Komen Dengan Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...