Thursday, April 13, 2017

Terima Kasih Team Jobdirumah

Terima Kasih Team Jobdirumah. Tahu tak kenapa saya ucapkan terima kasih untuk team jobdirumah kali ini. Sebab utamanya adalah.
Terima Kasih Team Jobdirumah, Jobdirumah
Terima Kasih Team Jobdirumah
Pihak jobdirumah dah memudahkan kerja saya kembali. Ceritanya macam ini.
Waktu awal join jobdirumah, setiap hari pihak jobdirumah akan hantar email kekosongan kerja ke email pendaftaran saya.

Email senarai kerja kosong ini dapat, bila kita dah daftar jadi ahli dengan Portal Jobdirumah. Kalau tak daftar, memang tak dapat. Bagi yang nak join boleh daftar dan dapatkan kerja dari sini-->> Daftar Jobdirumah (klik sini)

Jadi masa daftar tu, dah isi siap-siap skop kerja yang kita nak. Katalah, pilih untuk buat blog review, penulisan entri blog, SEO, data entri, buat grafik, gambar, logo, benner, buat coding, buat website atau apa sahaja yang kita tahu buat.

Jadi lepas buat semua tu dalam profile ahli. Setiap hari pihak jobdirumah akan hantar senarai kerja kosong berkenaan job skop yang kita mohon ke email pendaftaran kita.

Dari senarai email tersebut. Anda boleh tengoklah. Jika berkenan nak buat kerja tersebut. Mohon kerja, bila dapat  buat dan terima bayaran.

Penghantaran Email Terhenti.
Ada beberapa kali, oleh sebab pihak jobdirumah tukar platform dan urusan teknikel server dan hosting mereka. Proses email tu terhenti. Mereka tak sempat nak urusan penambahbaikan itu lagi buat seketika.

Berita baiknya sekarang, kemudahan penghantaran email senarai kerja ke email ahli ini dah beroprasi semula. Mereka dah buat fungsi email ini. Dan hasilnya. Setiap hari sekarang ni email peluang kerja kosong masuk balik ke email saya setiap pagi. Mudah jadi kerja.

Bila dapat email tu pagi-pagi, tengok yang mana berkenan dengan masa dan harga. Mohon la kerja tersebut. Tak susah, sebab semua dah ada. Mohon aje. Bila dah dapat kerja, buat kerja dan bila dah siap. Hantar kerja yang dibuat tersebut dan terima bayaran.

Bagi anda yang nak menambah pendapatan dengan buat kerja secara online dari rumah atau di mana sahaja anda berada. Saya galakkan anda buat kerja dalam Portal Jobdirumah ini.

Tak perlu nak jual-jual barang, hantar barang atau ambil barang. Buat kerja aje dah siap terima bayaran. Bayaran dalam bentuk USD dan ada juga yang dalam Ringgit Malaysia. Lumayankan?

Dapat satu ke dua kerja satu minggu jadi dah. Jika dapat lebih, lagi bagus. Pendapatan jobdirumah ini bergantung kepada diri sendiri. Siapa rajin buat kerja, dia boleh banyak. Siapa malas tak dapat apa-apa.

Bagi yang nak tahu macam mana nak buat kerja dan dapat bayaran dari Jobdirumah ini. Boleh rujuk dari Panduan Jobdirumah ini yea.

Waktu harga barang naik dan keadaan ekonomi tak menentu ni, ada side income dari rumah seronok juga. Buat kerja online bagi menambahkan pendapatan.

Kepada yang berminat, boleh daftar cepat di sini-->> Daftar Jobdirumah (klik sini)
Jom buat kerja!

Tuesday, February 14, 2017

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah?
Yea, soalan ini memang selalu saya kena tanya, kenapa kena bayar bila nak daftar jadi ahli jobdirumah?
Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah, Jobdirumah,
Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah
Bukan tak pernah jawap. Dah pernah jawap. Tapi saya jawap bila di PM aje. Jadi nak mudah, kali ni saya buat satu entri.

Bila datang soalan kenapa nak kena bayar untuk menyertai jobdirumah ini. Saya boleh aje minta adik manis tersebut baca entri ini.

Saya tak perlu taip banyak kali dan yang bertanya pun boleh baca dengan senang hati di sini.

Mohon Kerja Biasa Pun Kena Bayar
Mudah cerita macam ini. Jika anda nak pergi minta kerja atau nak mohon kerja apa-apalah. Sama ada kerja kerajaan atau swasta. Prosedur dia macam mana?

Anda yang kena isi borang secara online ataupun hantar resume, borang permohonan juga ke alamat yang diberikan? Tak gitu, kena keluar kos kan?

Bila hantar-hantar tu mesti kena fotostat sijil, IC, kena sediakan gambar pasport dan macam-macam lagi. Bila dah dapat panggilan temuduga, kena sediakan lagi sekali. Ada yang kena buat pengesahan penghulu dan macam-macam lagi. Kena keluar kos kan?

Tak kurang juga ada yang kena buat pemeriksaan kesihatan, periksa darah, air kencing dan macam-macam lagi. Itu prosedur biasa bila nak mohon kerja yang biasa dibuat oleh kebanyakan kita bila nak mohon atau bila nak dapatkan kerja.

Bagi semua langkah dan keperluan di atas. Anda kena keluarkan modal dan duit sendiri. Majikan yang kita minta kerja tu belum tentu lagi bagi kerja atau tak kepada kita. Betul tak?

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah?
Bila anda nak sertai dan menjadi ahli jobdirumah ini. Langkah pertama nak sertai jobdirumah memang kena bayar dulu.

Ini kerana, bila anda bayar. Nampak disitu akan kesungguhan anda nak buat kerja dalam Portal Jobdirumah.

Saya pernah sembang dengan orang penting jobdirumah ini. Kenapa jobdirumah ini dikenakan bayaran. Antara sebabnya adalah:-

1. Bila bayar tanda orang tu serius nak buat kerja.-Pernah mereka bagi percuma atau bagi kupon yang banyak potonganya. Memang ramai yang join masa tu, tapi dari segi mereka yang betul-betul nak buat  kerja boleh kira dengan jari.

Ada yang buat sekejap. Lepas tu tak buat. Ada yang majikan dah bagi tugasan, lari tak siapkan kerja. Semuanya kerana tak serius. Benda dapat PERCUMA. Nak tak nak aje buat kerja.

2. Pihak jobdirumah juga kena bayar kos.-Yea jika anda tengok. Kenapa jobdirumah boleh bertahan. Kerana adanya bayaran daripada pihak ahli. Bayar sekali seumur hidup aje. Nak bayar untuk sewa hosting, sewa server, bayar upah pekerja mereka, bayar kos nak buat sistem jobdirumah sebaik sekarang dan macam-macam kos lagi. Jika anda orang bisnes mesti anda boleh senaraikan banyak lagi sebabnya.

3. Bayaran untuk buat eKursus.-Bila anda join dan bayar semasa pandaftaran tersebut. Anda akan diberikan panduan bertulis dan video tutorial langkah demi langkah nak buat kerja dan nak terima bayaran dalam ni. Semuanya diterangkan di dalam panduan tersebut. Banyak juga kos yang diperlukan untuk perkara ini.

Rasanya cukup tiga sebab ini sahaja. Jika anda berminat, nak dapat duit secara online dan manjadikan jobdirumah ini sebagai salah satu peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan anda. Saya syorkan anda sertai dan dapatkan panduan yang disediakan oleh pihak jobdirumah.

Bila dah dapat panduan tersebut. Ikut langkah-langkah yang diberikan dan buat kerja dengan sebaiknya. Tak mustahil, selepas dapat bayaran  1 atau 2 kerja dalam jobdirumah ini. Modal pendaftaran tadi tu dah boleh dapat pulangnya.

Bayaran yang anda dapat dari kerja-kerja yang dibuat dari portal jobdirumah ini. Pihak jobdirumah TAK berkongsi pun dengan anda. Wang tersebut 100% milik anda.

Jika anda berminat nak tambah pendapatan. Boleh rujuk Panduan Jobdirumah 2017 (klik sini). Dalam panduan tersebut ada diberikan satu persatu cara anda nak jana pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja.

Boleh rujuk Panduan Jobdirumah di sini.

Jom buat duit online dari rumah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...