Showing posts with label Panduan Jobdirumah. Show all posts
Showing posts with label Panduan Jobdirumah. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah?
Yea, soalan ini memang selalu saya kena tanya, kenapa kena bayar bila nak daftar jadi ahli jobdirumah?
Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah, Jobdirumah,
Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah
Bukan tak pernah jawap. Dah pernah jawap. Tapi saya jawap bila di PM aje. Jadi nak mudah, kali ni saya buat satu entri.

Bila datang soalan kenapa nak kena bayar untuk menyertai jobdirumah ini. Saya boleh aje minta adik manis tersebut baca entri ini.

Saya tak perlu taip banyak kali dan yang bertanya pun boleh baca dengan senang hati di sini.

Mohon Kerja Biasa Pun Kena Bayar
Mudah cerita macam ini. Jika anda nak pergi minta kerja atau nak mohon kerja apa-apalah. Sama ada kerja kerajaan atau swasta. Prosedur dia macam mana?

Anda yang kena isi borang secara online ataupun hantar resume, borang permohonan juga ke alamat yang diberikan? Tak gitu, kena keluar kos kan?

Bila hantar-hantar tu mesti kena fotostat sijil, IC, kena sediakan gambar pasport dan macam-macam lagi. Bila dah dapat panggilan temuduga, kena sediakan lagi sekali. Ada yang kena buat pengesahan penghulu dan macam-macam lagi. Kena keluar kos kan?

Tak kurang juga ada yang kena buat pemeriksaan kesihatan, periksa darah, air kencing dan macam-macam lagi. Itu prosedur biasa bila nak mohon kerja yang biasa dibuat oleh kebanyakan kita bila nak mohon atau bila nak dapatkan kerja.

Bagi semua langkah dan keperluan di atas. Anda kena keluarkan modal dan duit sendiri. Majikan yang kita minta kerja tu belum tentu lagi bagi kerja atau tak kepada kita. Betul tak?

Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah?
Bila anda nak sertai dan menjadi ahli jobdirumah ini. Langkah pertama nak sertai jobdirumah memang kena bayar dulu.

Ini kerana, bila anda bayar. Nampak disitu akan kesungguhan anda nak buat kerja dalam Portal Jobdirumah.

Saya pernah sembang dengan orang penting jobdirumah ini. Kenapa jobdirumah ini dikenakan bayaran. Antara sebabnya adalah:-

1. Bila bayar tanda orang tu serius nak buat kerja.-Pernah mereka bagi percuma atau bagi kupon yang banyak potonganya. Memang ramai yang join masa tu, tapi dari segi mereka yang betul-betul nak buat  kerja boleh kira dengan jari.

Ada yang buat sekejap. Lepas tu tak buat. Ada yang majikan dah bagi tugasan, lari tak siapkan kerja. Semuanya kerana tak serius. Benda dapat PERCUMA. Nak tak nak aje buat kerja.

2. Pihak jobdirumah juga kena bayar kos.-Yea jika anda tengok. Kenapa jobdirumah boleh bertahan. Kerana adanya bayaran daripada pihak ahli. Bayar sekali seumur hidup aje. Nak bayar untuk sewa hosting, sewa server, bayar upah pekerja mereka, bayar kos nak buat sistem jobdirumah sebaik sekarang dan macam-macam kos lagi. Jika anda orang bisnes mesti anda boleh senaraikan banyak lagi sebabnya.

3. Bayaran untuk buat eKursus.-Bila anda join dan bayar semasa pandaftaran tersebut. Anda akan diberikan panduan bertulis dan video tutorial langkah demi langkah nak buat kerja dan nak terima bayaran dalam ni. Semuanya diterangkan di dalam panduan tersebut. Banyak juga kos yang diperlukan untuk perkara ini.

Rasanya cukup tiga sebab ini sahaja. Jika anda berminat, nak dapat duit secara online dan manjadikan jobdirumah ini sebagai salah satu peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan anda. Saya syorkan anda sertai dan dapatkan panduan yang disediakan oleh pihak jobdirumah.

Bila dah dapat panduan tersebut. Ikut langkah-langkah yang diberikan dan buat kerja dengan sebaiknya. Tak mustahil, selepas dapat bayaran  1 atau 2 kerja dalam jobdirumah ini. Modal pendaftaran tadi tu dah boleh dapat pulangnya.

Bayaran yang anda dapat dari kerja-kerja yang dibuat dari portal jobdirumah ini. Pihak jobdirumah TAK berkongsi pun dengan anda. Wang tersebut 100% milik anda.

Jika anda berminat nak tambah pendapatan. Boleh rujuk Panduan Jobdirumah 2017 (klik sini). Dalam panduan tersebut ada diberikan satu persatu cara anda nak jana pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja.

Boleh rujuk Panduan Jobdirumah di sini.

Jom buat duit online dari rumah!

Friday, January 6, 2017

Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%

Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%. Yea awal tahun macam ni. Pihak jobdirumah bermurah hati meraikan kehadiran tahun baru 2017. Pihak Portal Jobdirumah berkenan menawarkan harga promosi kepada penggemar kerja dari rumah.

Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%, Jobdirumah,
Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Tawaran harga ini hanya berlangsung dalam beberapa hari sahaja. Kepada yang dah sertai jobdirumah. Pastinya akan lebih teruja dengan tawaran harga ini. Murah dan menjimatkan.

Sepanjang saya bersama jobdirumah ini. Seingat saya, ini antara pekej paling murah yang pernah diberikan kepada pelanggan baru jobdirumah.

Dengan hanya sekali sahaja menjadi ahli yang berdaftar. Manfaat dan peluang untuk memperolehi peluang menjana pendapatan dari rumah terbuka luas.

Setelah berdaftar, anda akan diberikan panduan bertulis dan video panduan jobdirumah cara-cara nak mula dan manjana pendapatan dari rumah melalui Portal Jobdirumah.

Peluang untuk memperolehi pendapatan dalam USD mahupun RM terbuka luas. Sekarang ni pun 1U.S. dollar bersamaan RM4.47. Jika dapat satu tawaran kerja bernilai 50U.S. dollar tukar ke RM boleh dapat RM223.62. Lumayan bukan? Dapat 4 kerja satu minggu dah boleh dapat RM894.49. Jika rajin boleh dapat lebih lagi. Sebulan boleh kira sendiri.

Saya kira sikit kat bawah ni bagi nampak dengan jelas:
1 USD = RM 4.47
1 tugasan 50 USD = RM223.62
4 tugasan 200 USD = RM894.49

Ini secara kasar pengiraan saya, bagi mereka yang rajin. Mungkin dalam sebulan boleh dapat 10-15 tugasan. Jadi boleh kira sendiri hasil yang akan diperolehi jika rajin berusaha.

Tawaran Harga Promosi Jobdirumah 2017 Diskaun 62.5%
Saya dapat email tawaran harga promosi ini dari pihak Jobdirumah. Jadi sukalah saya nak kongsikan peluang baik ini. Ianya hadir jarang-jarang sekali.

Ini antara kandungan email yang pihak jobdirumah hantar.

================================
Panduan Jobdirumah Paling Lengkap.
Diterangkan langkah demi langkah, bergambar setiap langkah dan rujukan video.

- eGuide - Level *1, *2 dan *3. (48 halaman)
- Video Tutorial Lengkap. (hampir 60 minit)
- Push Job Alerts. (hampir setiap minit)

*Level 1: Sesuai untuk part-time 1-2 jam seminggu.
*Level 2: Sesuai untuk part-time 10-20 jam seminggu.
*Level 3: Sesuai untuk part/full time 20-40 jam seminggu.

Join sekarang untuk mendapatkan diskaun segera.

Tawaran promosi hanya sah hingga 15 Jan 2017.

Daftar segera sebelum kehabisan ==>> Promosi Jobdirumah 2017 (klik sini)

=====================================
Itulah antara isi kandungan email tersebut. Bagi yang berminat dan rasa bergerak hati nak cuba buat kerja dalam Portal Jobdirumah ini. Saya persilakan anda rebut peluang ini.

Peluang baik macam ni, tak selalunya datang. Jadi semasa waktu tawaran harga promosi ini. Saya syorkan anda rebut peluang ini dan menjadi ahli kepada portal buat duit online ini.

Buat kerja dari rumah seronok. Dibayar dalam USD dapat untung berganda-ganda.
Berminat? Boleh dapatkan Panduan Jobdirumah ini dengan harga promosi.

Panduan Jobdirumah harga promosi-->> Jobdirumah 2017 (klik sini)

p/s: Join cepat sebelum pekej promosi ini penuh!
Jom buat kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...