Monday, November 30, 2015

Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cuti sekolah buat kerja dari rumah. Cuti sekolah mesti best kan bagi yang jadi guru. Tak perlu nak pergi kerja macam orang lain dah. Duduk di rumah aje. Tapi ada juga yang saya lihat akak-akak dan abang-abang saya yang jadi cikgu. Cuti sekolah masih lagi sibuk kena pergi sekolah. Katanya masih ada kerja yang perlu disiapkan. Ada mesyuarat perancangan sekolah untuk sesi akan datang, kelas tambahan untuk murid yang akan ambil peperiksaan besar pada tahun depan dan macam-macam lagi.

Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah, jobdirumah
Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah
Tak apalah, itu semua dah jadi tanggungjawap sebagai guru. Itu dah kira ok, dapat banyak cuti bila cuti sekolah. Nak bandingkan dengan orang yang kerja swasta mahupun kerja kerajaan yang lain. Lagi susah nak dapat cuti. Jadi cikgu senang-senang dapat cuti bila sekolah cuti.kan..kan.. Betul tak cikgu?

Berbalik kepada cerita cuti sekolah buat kerja dari rumah. Yang ni agak sesuai untuk geng-geng yang bercuti bila sekolah cuti. Ada masa cuti panjang macam ni, boleh cari peluang belajar buat kerja dari rumah. Dah ada masa, tak perlu nak sibuk pergi sekolah, boleh cari peluang untuk menambah pendapatan anda.

Kat negara kita ni, peluang nak buat kerja memang banyak. Sebab tulah kita tengok, ramai orang asing..bukan makhluk asing tau. Tapi orang asing dari negara luar datang Malaysia bekerja siang dan malam. Hasilnya, mereka boleh hidup senang di negara kita. Kadang-kadang kita lihat orang kita yang hidup susah. Depa datang negara kita kaya raya dan hidup senang lenang. Tiap-tiap tahun dapat balik ke negara mereka dan bawa duit banyak-banyak yang mereka dapat di sini. Bawa balik kampung mereka jadi orang senang disana.

Orang kita, kadang dapat kita tengok tak boleh melihat orang lain maju pada dia. Mula berdengki dan kata macam-macam. Sedangkan orang asing datang ke negara kita, kita siap bekerja sama lagi dengan mereka. Kalau orang kita, nampak nak maju. Terus kena macam-macam. Ini lah sebabnya kenapa orang kita sasah nak maju. Mundur dan terkebelakang sebab bangsa sendiri yang ada sifat iri hati dan berhasat dengki. Entahlah, sampai bila nak jadi macam ni. Busuk hati..tak nak berubah. Cuba lah berubah.

Kepada anda yang berminat nak tambah pendapatan musim cuti sekolah ni. Banyak peluang kerja online yang boleh anda buat. Tak perlu saya senarikan di sini banyak-banyak. Cuma apa yang selalu saya buat bila ada masa lapang dan hari cuti adalah buat kerja dari rumah dalam Portal Jobdirumah.

Kerja atau tugasan yang terdapat dalam jobdirumah amatlah mudah jika anda jenis seorang yang rajin berusaha. Ada yang kata kerja dalam jobdirumah susah. Tapi pada saya, jika kita pandai cari kerja dan ikut betul-betul panduan yang pihak jobdirumah bagi. Kerja-kerja yang ada dalam jobdirumah dapat kita buat kesemuanya. Ini antara contoh kerja jobdirumah.

Panduan Jobdirumah Terbaik
Panduan Jobdirumah Terbaik
Kesemuanya tu tak lah. Cuma jika kerja tersebut senang dan kita mampu untuk membuatnya. Jadi tak ada masalah nak buat kerja tersebut. Apa yang penting kena rajin belajar dan berusaha. Ikut apa yang dicadangkan dalam panduan jobdirumah insyallah akan ada hasilnya nanti.

Kepada anda yang nak buat kerja dalam jobdirumah. Saya galakkan ada mulakan sekarang. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dan belajar selok belok nak kerja dari rumah. Sememangnya kerja dari rumah amat seronok. Tak perlu bersesak nak ketempat kerja dan melayan kerenah manusia yang macam-macam perangai.

Testimoni Pelanggan Jobdirumah
Testimoni Pelanggan Jobdirumah- Boleh Baca Ribuan Testimoni lagi..
Buat kerja dari rumah bagi menambah pendapatan anda. Ringankan kos sara hidup anda dan nikmati hasilnya. Berminat?? anda boleh daftarkan diri dan mulakan dengan kerja yang mudah di portal kerja online Jobdirumah.

Berminat nak tambah pendapatan dari rumah. Jom Daftar Jobdirumah ( disini)

Jom buat kerja.

6 comments:

  1. Hmmm.... kena anak kakak yg no. 2 & 3 tu cuti sekolah ni job di rumah adalah novel, tv, hp, masak cuba resepi baru. Mungkin yg sulung tahun depan cuti panjang selepas habis sem boleh buat. Dia dah baca dari dulu lagi blog ini. Interesting katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak peluang kerja dalam Jobdirumah ini Akak. Boleh cuba.

      Delete
  2. banyak boleh buat time cuti sekolah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika nak tambah pendapatan. Boleh buat secara sambilan jobdirumah ini Raihanah. Ramai yang buat dan dapat hasil daripadanya.

      Delete
  3. Menarik kalau boleh buat keje dari rumah kan. Sambil boleh urus anak boleh jugak buat keje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai suri rumah buat jobdirumah. Boleh buat kerja dalam ni bila ada masa lapang.

      Delete

Komen Dengan Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...