Thursday, January 28, 2016

Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan. Alhamdulillah baru perasan kat email pembayaran yang saya daftar untuk bayar PTPTN. Dah dapat email PTPTN hantar minggu lepas lagi. Email terima kasih kerana saya bayar PTPTN. Bagus ada email macam ni. Jadi kita boleh tahu yang wang yang dibayar tu dah diproses oleh PTPTN. Jadi tak ada rasa risau duit tu dah proses ker belum. Bila tengok yea. Dah di tolak dari akaun pinjaman PTPTN saya.

Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan, Bayar PTPTN,
Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
Alhamdulillah dapat bayar hutang PTPTN saya. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan bayar hutang belajar PTPTN saya ni. Ada banyak saya bayar banyak , ada sikit saya bayar sikit. Janji bayar. Kalau tak bayar silap-silap boleh kena black list nama saya. Nak pergi mana-mana nanti susah. Silap-silap duduk di airpot aje. Balik semula ke rumah sebab tak boleh ke luar negara, nama kena black list..hoho..

Ada yang tanya macam mana saya bayar PTPTN saya tanpa miss. Nak kata tanpa miss tu tak juga. Ada juga kadang-kadang terlepas pandang. Tapi jika tak bayar bulan tu, bulan depannya saya akan bayar lebih sikit. Ini juga boleh dilakukan oleh pelajar yang nak cari duit lebih.

Cara mudah bayar hutang PTPTN setiap bulan pada saya senang aje. Apa yang penting kena rajin dan rasa tanggungjawap tu perlu ada. Rasa nak bayar hutang tu sebab hutang tu adalah beban kita di akhirat nanti. Jika tak bayar, takut banyak nanti sangkut kat sana. Ok lah jika kita meninggal ada waris nak tolong jelaskan hutang PTPTN kita. Tak pun pihak PTPTN kata kira halal, yang ni saya tak tahu. Kena tanya PTPTN macam mana.

Baiklah, berbalik kepada cerita macam mana cara mudah bayar hutang PTPTN setiap bulan ni. Saya sebenarnya bayar hutang PTPTN ni dengan hasl duit yang saya dapat dari Portal Jobdirumah. Yea, portal kerja online yang membolehkan kita buat kerja dari rumah atau di mana-mana sahaja. Buat kerja secara online. Dapat duit pun secara online juga.Mudah bukan?

Buat Kerja Online Bayar Hutang PTPTN
Sebenarnya lama juga dah saya buat kerja online dari Portal Jobdirumah ni. Buat kerja yang kita boleh buat. Dah siap kerja majikan akan bagi upah/gaji kepada kita. Bergantung kepada kerja yang dibuat. Ada yang dibayar dalam USD dan ada juga yang dibayar dalam Ringgit Malaysia. Semuanya ada di dalam jobdirumah. Cuma yang penting anda kena rajin dan jangan mudah putus asa. Kata orang tua-tua usaha tangga kejayaan. Siapa yang rajin akan dapat hasilnya.

Oklah, bagi anda yang rasa nak bayar hutang PTPTN dengan cara yang saya praktikan ni boleh aje. Caranya mudah. Anda pun boleh sertai dan buat kerja dalam Portal Jobdirumah ni.

Caranya mudah aje. Saya akan cerita serba ringkas kali ni.
1) Daftarkan diri dalam Portal Jobdirumah--->> Daftar Jobdirumah (klik sini)
2) Lepas daftar anda akan terima panduan bertulis dan video panduan cara kerja dalam jobdirumah. Tengok sampai faham. Dalam tu pihak jobdirumah dah cerita satu persatu cara dan langkahnya.
3) Setiap hari anda akan dapat email kerja kosong dari pihak Jobdirumah. Pilih kerja yang anda rasa boleh buat dan mohon kerja tersebut.
4) Dapat kerja buat dengan sebaiknya. Jika kerja anda bagus. Besar harapan mereka akan cari anda lagi untuk kerja seterusnya.
5) Dah siap kerja boleh hantar dan anda akan terima bayaran.
6) Nak dapat kerja baru, boleh ikut langkah 3-5 di atas.

Bila dah dapat bayaran tu, bolehlah nanti anda gunakan sedikit atau kesemua dari hasil tu untuk bayar hutang dan bunga PTPTN. PTPTN ni boleh tahan juga bunga dia. Bulan-bulan jika tengok dalam akaun mesti ada aje bunga dia. Jadi nak selamat. Bayar cepat-cepat hutang PTPTN anda.  Nanti tak perlu nak kira bunga PTPTN lagi.

Hasil dari jobdirumah tu boleh juga anda gunakan untuk bayar benda-benda lain juga. Nak simpan untuk pergi melancong cuti hujung tahun pun boleh. Rajin buat kerja insyallah akan dapat hasil yang banyak. Dengan jobdirumah anda juga boleh tambahkan pendapatan yang ada.

Bagi anda yang berminat nak buat kerja dari rumah macam ni. Bolehlah dapatkan Panduan Jobdirumah 2016 ini.

Selamat berusaha kawan-kawan. Memang seronok ada cara mudah nak bayar hutang PTPTN setiap bulan macam ni. Boleh kongsikan entri ini dengan rakan-rakan yang nak cari cara mudah bayar PTPTN ini juga.

Lamb Choop Sedap
Makan Lamb Choop Sedap

8 comments:

  1. sedap pulak lamb chop tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba juga. Memang sedap tu. Lepas bayar PTPTN ada lebih lagi pekena lamb chop juga.

      Delete
  2. memang menarik kalau dapat buat keje dari rumah jerk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang menarik. Ramai yang dah dapat hasil dengan jobdirumah ini Nifz. Boleh cuba juga. Buat kerja dari rumah lepas tu boleh buat bayar hutang-hutang lain juga dapat redakan sikit perbelanjaan kita setiap bulan. Berminat nak tambah pendapatan boleh cuba jobdirumah ni.

      Delete
  3. Wahhhh ....mmg ngences mak tengok lamb tu JDR. Maklumlah job kencang hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah merasa lamb sikit-sikit hasil dari buat kerja dalam jobdirumah. Jobdirumah pada saya seronok bagi yang nak tambah pendapatan aje. Nak jadi kaya tu tak ada lah. Cuma boleh tambah duit belanja yang ada. Boleh sertai juga akak.

      Delete
  4. bagusnya siap dapat email..ciktom dapat sekali je email...tu pun masa dah habis bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PTPTN dah bagi email. Bagus sekarang PTPTN. Jadi dapat tahu apa yang kita dah bayar mereka dah terima.

      Delete

Komen Dengan Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...