Wednesday, June 29, 2016

Rezeki Kerja Online Bertambah di Bulan Puasa

Rezeki Kerja Online Bertambah di Bulan Puasa. Alhamdulillah rezeki dibulan ramadhan ada lagi. Biasa kita dengar, bulan puasa ni Allah SWT akan murahkan rezeki kepada hamba-hambanya yang beriman. Alhamdulillah harapnya saya tergolong dalam golongan tersebut juga.

Rezeki Kerja Online Bertambah di Bulan Puasa, Komisen Jobdirumah,
Rezeki Kerja Online Bertambah di Bulan Puasa
Beberapa hari lepas dapat hasil dari portal cari duit online jobdirumah ni. Nak kata dapat setiap hari tu tak adalah. Cuma kadang-kadang bila dapat tu dalam 2-3 hasil dalam satu hari memang seronok. Boleh buat bekal duit raya bila tiba hari raya nanti.

Rezeki dari Allah SWT tidak pernah putus buat hamba-hambanya yang rajin berusaha. Kita usaha buat kerja, yang bagi rezeki Allah SWT. Kadang tak buat kerja pun, bila Allah SWT nak bagi tak mustahil. Benda ni banyak berlaku tak kira di zaman kita ni atau zaman orang-orang terdahulu.

Cuma oleh kerana dunia yang kita tinggal ni adalah dunia yang berasbab. Jadi kita kena usaha. Nak dapat rezeki kena buat kerja dan berusaha. Susah hari ni nak dapat rezeki yang jatuh dari langit.

Allah SWT dah ajar kepada Nabi SAW juga, ada amalan yang boleh kita buat bagi menarik rezeki. Antaranya kena jaga solat 5 waktu di masjid, rajin buat solat duha, selalu bagi sedekah, berzikir dan beristigfar dan macam-macam amalan baik lagi. Dalam amalan baik yang kita buat, insyallah dari situ Allah SWT akan 'salurkan' sumber rezeki kepada kita.

Benda agama kita tak boleh fikir dengan akal. Kita kena fikir dengan iman dan keyakinan kepada Allah SWT yang Maha Pemberi Rezeki. Banyak kena belajar dan kena usaha untuk dapat faham perkara ni. Saya suka baca "Formula Tarik Rezeki" (klik sini) ini. Semuanya ada diterangkan di dalamnya bab dan persoalan rezeki dan macam-macam lagi perkara yang tak terjangkau dek akal bila membacanya. Boleh belajar dari panduan tersebut bagi yang ingin mengetahuinya.


Oleh kerana raya dan makin hampir, bagi anda yang berminat nak dapat duit dari kerja online yang hasilnya nanti boleh buat bekal tambahan perbelanjaan pada hari raya dan selepas raya nanti. Saya cadangkan anda buat kerja dalam portal jobdirumah. Bila hampir tiba dengan musim perayaan besar sebegini. Makin banyak kerja-kerja yang menarik pihak majikan tawarkan. Dapat 4-5 kerja sebelum raya nanti ok juga. Boleh buat bekal duit raya 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagi yang nak cuba buat kerja ini. Anda boleh lakukanya secara part time juga. Insyallah ianya tak menggangu waktu kerja anda di pejabat. Boleh buat pada waktu malam dan pada hari minggu kerja-kerja dalam jobdirumah ni. Suri rumah dan pelajar ramai yang buat jobdirumah ni.

Bagi yang anda yang rajin berusaha, insyallah anda akan dapat hasilnya. Berminat nak buat kerja dalam portal jobdirumah ni. Anda boleh dapatkan Panduan Jobdirumah (klik sini)

Selamat berusaha! Insyallah memang boleh dapat hasil dari rezeki kerja online bulan puasa ni. Usaha tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...