Thursday, April 21, 2016

Buat Kerja Sambilan Secara Part Time

Buat Kerja Sambilan Secara Part Time. Ada siapa-siapa yang suka tak dapat duit sambil-sambil. Macam tipu aje bunyi. Tak kan lah sambil-sambil boleh dapat duit. Sambil-sambil di sini maksud saya, sambil anda dah ada kerja tetap, anda buat kerja ni dan anda dapat duit juga.

Bukan tipu, ada kerja yang perlu dibuat untuk mendapatkan upah atau gaji tersebut. Anda buat kerja dan terima gaji macam tu. Boleh faham kan?

Buat Kerja Sambilan Secara Part Time
Buat Kerja Sambilan Secara Part Time
Kenapa Buat Kerja Sambilan Secara Part Time
Persoalan ni jika dulu-dulu mesti tak masuk akalkan. Dah ada kerja tetap, nak buat kerja lain pula. Macam tak cukup duit aje bunyinya. Pada saya dulu memang bila dah ada kerja tetap, dah tak buat kerja lain. Dua kerja tak mainlah. Nanti tak ada masa dibuatnya.

Itu dulu, sekarang dah lain gaya kerjanya. Jika dulu balik dari kerja tetap. Balik rumah makan, lepak, tengok tv dan buat apa-apa yang patutkan? Sekarang ni ada juga yang macam ni. Tapi tak ramai. Yang ramai hari ni, mereka-mereka yang bila dah balik dari buat kerja tetap. Buat pula kerja sambilan lain. Nak tambahkan pendapatan.

Jika dulu, dalam keluarga bila tinggal di bandar-bandar besar, dah cukup suami aje bekerja. Isteri atau wanita duduk di rumah jaga anak-anak aje. Tapi sekarang dah lain kan?

Suami isteri bekerja untuk tampung perbelanjaan keluarga. Rumah, kenderaan, anak sekolah, pakaian dan makanan nak difikirkan juga bajet setiap bulan. Berikutan kos hidup yang semakin meningkat. Amat perlu hari ni kita semua buat kerja sambilan secara part time.

Yea buat kerja part time. Ada bagusnya hari ni daripada kita duduk salahkan kos barang meningkat atau pun salahkan GST yang 6% tu. Ada baiknya kita buat kerja part time. Jika cakap benda tu pun sama juga. Kerajaan perlukan benda tu untuk tampung perbelanjaan negara. Nak bayar gaji kakitangan dan lain-lain lagi. Biarlah mereka fikir perkara tu.

Kita yang biasa-biasa ni cakap banyak pun tak ada guna juga. Sama aje. Ada baiknya kita rajinkan diri dan berusaha nak mengatasi masalah perbelanjan ni. Buat kerja sambilan secara part time. Dapat hasil boleh beli dan bayar apa-apa yang patut.

Nak kongsikan kerja yang saya buat dengan kawan-kawan. Saya pun orang biasa juga. Buat kerja part time juga bila habis waktu kerja. Kerja yang saya buat secara online. Buat kerja secara online, dibayar juga secara online.

Bila-bila masa boleh buat.Dapat hasil bolehlah saya gunakan untuk bayar apa-apa yang patut. Bayar hutang kereta, duit rumah, hutang PTPTN pun boleh jika rajin buat kerja.

Buat Kerja Dari Rumah Melalui Jobdirumah
Saya buat kerja dalam portal jobdirumah. Daftarkan diri dengan jobdirumah. Lepas daftar mereka akan bagi panduan sebagai rujukan cara-cara nak buat kerja dan mendapatkan bayaran melalui jobdirumah ni.

Kerja yang dibuat biasanya dibayar dalam bentuk USD secara online. Nak mudah guna paypal. Jika tak ada akaun paypal boleh daftar dengan mana-mana bank dalam negara kita.

Kerja di dalam jobdirumah ni ada macam-macam. Setiap hari pihak jobdirumah akan hantar email kekosongan jawatan dalam jobdirumah ni. Dari email tersebut, kita boleh pilih yang mana rasa kita boleh buat. Mohon kerja tersebut dan bila dah dapat buatlah dengan sebaiknya.

Bila dah siap, hantar kerja yang anda buat tadi dan bayaran akan diberikan kepada anda. Setakat ni tak ada tipu-tipu. Jobdirumah didaftarkan dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysai (PUIM), jadi mereka ni boleh dipercayai.

Ini contoh kerja yang saya pernah buat. Anda boleh lihatnya di sini-->> Contoh kerja jobdirumah

Bagi anda yang berminat nak buat kerja sambilan secara part time dan mendapat hasil dari kerja yang terdapat di dalam jobdirumah ni. Saya galakkan anda sertai jobdirumah.
Berminat boleh daftar di sini-->> Daftar Jobdirumah (klik sini)

Bila dah dapat hasil. Gunakan sebaiknya pendapatan tersebut. Selamat maju jaya!

14 comments:

  1. dah register tp belum sempat tengok lagi apa job yg boleh dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu. Bila dah daftar. Baca panduan yang jobdirumah bagi dulu. Dari panduan tersebut. boleh tahu dan belajar apa-apa yang diperlukan masa nak buat kerja dalam jobdrumah. Semoga akak Raihanah berjaya menambah pendapatan dari buat kerja dalam jobdirumah.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Semoga Miss juga berjaya. Boleh cuba buat kerja sambilan juga.

      Delete
  3. Salam ukhuwah. Dengan desakan hidup dan kos semakin meningkat, kerja part time di rumah adalah pilihan, lebih-lebih lagi dengan ancaman kesihatan di musim panas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Oleh kerana sekarang ni harga barang dan kos hiudup yang meningkat. Ramai antara kita yang cari duit sambilan dengan buat kerja secara part time. Boleh cuba juga Norul jika nak tambah pendapatan.

      Delete
  4. Dah lama register tp lupa password pulak huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat password baru akak. Seronok bila buat kerja dapat hasil dari jobdirumah ni. Boleh cuba akak. Mulakan dengan kerja yang mudah dulu.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. kalau student umur 19 dan tak ada pengalaman kerja dari rumah ni boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Pengalaman tak perlu sangat. Cuma daftar dan buat kerja yang kita tahu buat aje buat permulaan. Bila dah lama dengan jobdirumah. Insyallah dah boleh tahu apa yang mudah dan cara nak jana pendapatan dari jobdirumah. Cubalah akak.

      Delete
    2. tq. insyaAllah nnt sy akan try

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Saya dah hantar ke email yang Farra bagi. Baca yea. Selamat manjana pendapatan melalui jobdirumah.

      Delete

Komen Dengan Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...